Utusan Malaysia: 18 Mel 2001

KESATUAN GURU SOKONGAN GESAAN PM

Kuala Lumpur: Badan dan Kesatuan yang berkaitan dengan bidang pendidikan menyambut balk gesaan Perdana Menteii, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad supaya guru bersifat profesional dan melaksanakan dasar kerajaan serta tidak membelakangkan agenda negara. Mereka menyifatkan imej profesion perguruan yang selama ni dipandang mulia akan tercemar sekiranya guru mempunyai agenda lain dan tidak menumpukan perhatian kepada tugas untuk mendidik anak bangsa. Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Dato’ N. Siva Subramaniam turut bersetuju dengan ingatan Perdana Menteri itu supaya guru lebih menumpukan tanggungjawab mereka sebagai pendidik.


Utusan Malaysia 18 Mel 2001

DEBAT NUTP - KEMENTERIAN CARl IDEA BERNAS

Kuala Lumpur: Gadangan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) untuk berdebat dengan Kementerian Pendidikan sebenarnya bertujuan mencari idea bernas bagi memberi input terbaik berhubung pelaksanaan mata pelajaran sains di Tahap Satu mulai tahun depan.
Setiausaha Agung NUTP, Dato’ Siva Subramaniam berkata, debat adalah cara terbaik untuk mencari jalan menstrukturkan sistem yang dicadangkan itu ;ecara jelas sebelum dapat dilaksanakan.
Mengulas lanjut, Dato’ Siva Subramaniam berkata, pihaknya mahu supaya Kementerian sentiasa mengambil kira pandangan pelbagai pihak sebelum melaksanakan sesuatu rancangan demi kebaikan pelajar.


Utusan Malaysia:- 6 Jun 2001

PTD DI SEKOLAH

Urusan mengemaskinikan rekod perkhidmatan guru dijangka akan berjalan dengan lebih lancar apabila Iebih ramai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) berkhidmat di Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah.

Setiausaha Agung, Dato’ N. Siva Subramaniam berkata, cadangan itu jika dilaksanakan bukan sahaja akan melicinkan peritadbiran dapat dijalankan di pajabat berkenaan malah menjamin pelbagai isu berhubung perkhidmatan dengan lebih berkesan. Bagaimanapun, Dato Siva berkata, anggota PTD yang dilantik mestilah terdiri daripada pegawa yang mampu membantu tugas pentadbiran sekolah dan bukanlah menjalankan tugas-tugas pengetua dan guru besar.


Utusan Malaysia:- 26 Jun 2001

SARANAN RANCANG KEHAMILAN TAK PRAKTIKAL

Kuala Lumpur: Beberapa buah kesatuan guru menyifatkan saranan Kementenan Pendidikan yang meminta guru wanita merancang kehamilan bagi rnengatasi rnasalah kekurangan tenaga pengajar sebagai tidak praktikal.

Kementerian, kata mereka, perlu memikirkan cara lain untuk mengatasi masalah tersebut tanpa mengaitkan perancangan kehamilan yang bersifat kekeluargaan. Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK), Dato’ N.Siva Subramaniam berkata, pelbagai cara boleh digunakan untuk mengatasi masalah kekurangan guru-guru terutama ketika guru cuti bersalin.


Utusan Malaysia:- 3 Julai 2001

LULUS SEGERA AKTA LINDUNG GURU

Kuala Terengganu: Kerajaan diminta meluluskan segera Akta Pelindung Guru bagi melindungi pendidik daripada tindakan guaman dalam menangani masalah salah Iaku peiajar.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK), Tengku Habsah Petera berkata, akta itu amat penting memandangkan golongan guru sentiasa berhadapan dengan risiko tinggi ketika menyelesaikan sesuatu masalah.


Utusan Malaysia:- 9 Julai, 2001

SYOR GUBAL AKTA GURU DISIPLIN

AIor Setar
- Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) hari ini mencadangkan Kementerian Pendidikan supaya memberikan kuasa yang Iebih Iuas kepada pengetua dan guru disiplin untuk menangani masalah disiplin di kalangan pelajar.

Setiausaha Agung KPPK Dato’ N. Siva Subramaniam menyatakan, akta perlindungan untuk pengetua dan guru disiplin perlu diwujudkan bagi mengelakkan pihak ibubapa/ waris mengambil tindakan saman terhadap guru yang menghukum pelajar. KPPK juga mahu supaya pendidikan mengenai undang-undang jenayah turut diperkenalkan di sekolah agar pelajar memahami hukuman akibat kesalahan jenayah termasuk rogol dan bunuh, katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Siva tidak mahu pihak sekolah menutup masalah disiplin yang berlaku di kalangan pelajar semata-mata untuk rnenjaga imej sekolah.


Utusan Malaysia:- 14 JuIai 2001

KESATUAN GURU MINTA KAJI SEMULA PEMBELAJARAN MENGORENTASIKAN PEPERIKSAAN

Kuala Lumpur : Kesatuan Perkhidmatan Kebangsaan Pendidikan(KPPK) meminta Kementerian Pendidikan mengkaji semula kaedah pembelajaran berorientasikan peperiksaan bagi rnengurangkan tekanan terhadap pelalar.

Presidennya, Tengku Habsah Tengku Petera, berkata hasil kajian itu dapat memberikan penjelasan sama ada kaedah pembelajaran berorientasikan keputusan peperiksaan adalah yang terbaik atau sebaliknya.


Berita Harlan:- 14 JuIai 2001

- KESATUAN ANGGAP MEMBAZIR, PAKAR ASING AJAR BAHASA INGGERIS

Kuala Lumpur:- Cadangan Kementerian Pendidikan mengambil pakar aslng mengajar Bahasa Inggeris disifatkan sebagai membazir, sebaliknya peruntukan untuk itu boleh digunakan bagi melatih guru tempatan.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Tengku Habsah Tengku Petera, berkata guru tempatan yang mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris tidak boleh dipertikaikan.