Selepas perjuangan berterusan selama sepuluh tahun, akhirnya Y.A.B. Perdana Menteri Malay­sia, Dato’ Seri Dr. Mahathir bin Mohamad telah bersetuju untuk mengkaji dan mempertimbangkan SSB semula. Baru-baru ini beliau telah mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia untuk menyiapkan laporan cadangan yang digelar sebagai

Baik Pulih Sistem Saraan Baru (SSB)’. Tindakan Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia tersebut merupakan hasil usaha perjuangan dan aduan yang dikemukakan tentang Sistem Matriks dan Sistem Saraan Baru (SSB) oleh CUEPACS khususnya dan pelbagai pihak amnya.

 

Kerajaan telah mengarahkan supaya laporan tersebut disiapkan dalam tempoh tiga bulan dan harus disampaikan kepada Kerajaan sebelum akhir tahun ini.

Antara isu pokok yang telah dikemukakan oleh CUEPACS ialah:

 

·        Laporan Pen ilaian Prestasi diasingkan daripada Pergerakan Gaji.

 

·        Mengadakan Kaedah Baru untuk Kenaikan Pangkat.

 

·        Sistem Matriks digantikan dengan Sistem Gaji Sebaris

 

·        Tempoh Pengesahan dikurangkan kepada setahun.

 

·        Kadar ITKA dan ITP diubahsuaikan - Peluang Kenaikan Pangkat diperbanyak.

 

·        Pegawai Kerajaan bukan Siswazah yang berjaya memperoleh Ijazah ditawarkan gaji yang lebih sesuai

 

·        Kadar gaji yang berpatutan untuk guru-guru siswazah

 

·        Hattiah Pergerakan Gaji (HPG) untuk guru-guru siswazah yang memperoleh Master, Doctorate.

 

 

Pihak CUEPACS telah pun mengadakan rundingan pertama dalam bulan Ogos. Pihak CUEPACS telah mengemukakan cadangan-cadangan yang konkrit ke arah baik pulih Sistem Saraan Baru (SSB).

 

Pihak Kerajaan telah juga melantik Pakar Perunding untuk membuat Laporan Khas mengkaji dan meneliti aduan tentang beberapa aspek Sistem Saraan Baru (SSB) terutama sekali kaedah Naik Pangkat dan Pergerakan Gaji melintang, menegak dan mendatar yang telah banyak menyumbang kesan Jentera Perkhidmatan Awam.

 

Pihak Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia telah menubuhkan Pasukan Tugas Khas yang telah memulakan kerjanya. Y.Berbahagia Dato’ Seri Jamaluddin bin Hj. Ahmad Damanhuri, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia telah mengarahkan supaya laporan perkembangan kajian berkaitan disampaikan kepada beliau setiap 2 minggu. Oleh yang demikian Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia terpaksa bekerja keras dan ada kalanya hingga lewat malam untuk menyiapkan laporan tersebut.

 

CUEPACS yakin bahawa kakitangan kerajaan termasuk guru-guru akan ditawarkan beberapa konsep baru dan satu sistem gaji yang baru menjelang tahun 2002. Ini bermakna satu lagi -perjuangan CUEPACS telah terhasil.

 

PENCEN  CADANGAN BARU

Dalam Memorandum yang dikemukakan kepada kerajaan, CUEPACS telah mencadangkan beberapa kemudahan baru iaitu

 

Formula Kini

Formula Baru

1/600   x Gaji Akhir x Jumlah Bulan Perkhidmatan

            [Tidak melebihi ½  daripada Gaji Akhir]


1/600 Gaji Akhir x Jumlah Bulan Perkhidmatan

                [Tertakluk kepada maksimum 3/4  % gajiakhir diterima]

 

Pencen Minima

 

CUEPACS akan terus berusaha untuk membaiki kadar pencen yang dibayar kepada kakitangan kerajaan.