2. ISU BARU

2.1 Pendidikan Jarak Jauh (P33)

2.1,1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa mengikut rekod Bahagian Pendidikan Guru pada awal Jun 2001 sebanyak 515 pemohon PJJ diterima dan hanya 227 pemohon memohon mengikut bidang kritikal yang diperlukan (Mata Pelajaran Matematik, Sains, Bahasa Inggeris). Selebihnya diluluskan mengikut bidang yang tidak kritikal. Guru-guru yang mengikuti PJJ dalam bidang tidak kritikal tidak diberi jaminan bahawa mereka akan dilantik sebagai guru siswazah setelah tamat pengajian mereka nanti.

2.1.2 Mesyuarat dimaklumkan bahawa terdapat program baru PJJ dilaksanakan secara kerjasama antara Kementerian dengan UNITEM (Universiti Terbuka Malaysia). Bidang pengajian dibuat secara ‘on lines ‘face to face’ dan ijazah UNITEM adalah diiktirafkan. Ini bermakna lebih banyak peluang untuk guru-guru mengikuti kursus ijazah secara PJJ.

2.1.3 Mesyuarat dimaklumkan bahawa pemohonan PJJ perlulah mendapat surat kelulusan terlebih dahulu daripada Bahagian Pendidikan Guru sebelum memulakan pengajian.

2.1.4 Bahagian Pendidikan Guru telah merancang untuk mengadakan kursus ‘conversion’ bagi membolehkan guru-guru bidang bukan kritikal mengajar mata pelajaran kritikal. Perkara ni hanya akan dilaksanakan sekiranya guru tersebut menerima tawaran lantikan sebagai PPPS Gred DG3 terlebih dahulu daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

2.1.5 Pihak Kesatuan menyambut baik cadangan Kementerian untuk mengadakan kursus ‘conversion’ bagi guru-guru mata pelajaran bukan kritikal. Pihak Kesatuan juga mencadangkan supaya kursus tersebut dibuat dalam tempoh cuti persekolahan.

2.2. Kenaikan Pangkat Secara ‘Time-Based’

2.2.1 Kesatuan memaklumkan bahawa terdapat calon­calon tercicir dalam urusan ini kerana terdapat Guru Besar/Pengetua yang tidak faham syarat­syarat kenaikan pangkat ini sebagaimana yang telah diedarkan oleh Kementerian.

2.2.2 Mesyuarat memaklumkan bahawa dalam setiap urusan kenaikan pangkat PPPS Gred DG3 ke Gred DG2 melalui ‘Time-Based’ memang terdapat sebilangan kecil calon-calon yang tercicir. Walau bagaimanapun, mereka akan dipertimbangkan dalam urusan berikutnya dan tarikh kenaikan pangkat mereka ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat pada tarikh mereka layak. Sebilangan kecil guru yang gagal dinaikkan pangkat ke Gred DG2 ‘time-based’ adalah disebabkan mereka tidak mencapai tahap prestasi yang ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat.

2.2.3 Kesatuan memohon penjelasan sama ada guru ‘time-based’ boleh ditawarkan ke jawatan hakiki. Mesyuarat memaklumkan bahawa seseorang guru yang dinaikkan pangkat secara ‘time-based’ boleh di tawarkan mengisi jawatan kenaikan pangkat hakiki. Berhubung dengan perkara ini, Kementerian sedang mengkaji secara global, kriteria-kriteria pengisian ini, implikasi pelaksanaannya dan sebagainya.

2.2.4 Kementerian sedang berusaha untuk membuat penerangan kepada Pengetua/Guru Besar supaya memahami pelbagai kaedah urusan kenaikan pangkat.