1. PERBINCANGAN ISU BERBANGKIT DALAM MESYUARAT BERTARIKH 22 SEPTEMBER 2000

1.1 Kelengkapan Sekolah

11.1 Pihak Kesatuan memohon supaya kadar penggunaan kerusi dan meja plastik di Sekolah Menengah baru ditambah melebihi 50 % seperti yang ada sekarang. Kesatuan juga membangkitkan isu bahawa terdapat bekalan kerusi/meja yang tidak mengikut spesifikasi.

1.1.2 Cadangan penambahan penggunaan kerusi/meja plastik akan dikemukakan kepada Bahagian Pembangunan untuk pertimbangan lanjut.

1.1.3 Mesyuarat mengambil maklum akan penjelasan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Peringkat Kebangsaan meminta supaya maklumat penyelewengan seperti pembekalan yang tidak menepati spesifikasi Sebutharga/Tender hendaklah dilaporkan kepada Jawatankuasa Keutuhan Kementerian.

1.2.2 Kesatuan memaklumkan bahawa terdapat Pejabat Pendidikan Daerah menyatakan bahawa pelantikan guru ganti kerana guru tetap bercuti bersalin tidak boleh dibuat atas alasan tiada peruntukan.

1.2.3 Mesyuarat dimaklumkan bahawa borang permohonan guru kontrak sebenarnya mudah diisi kerana maklumat yang diperlukan adalah mengenai perkhidmatan dan maklumat peribadi pemohon. Masalah mungkin timbul kerana tidak ada maklumat yang lengkap. Permohonan untuk pelantikan kontrak dibuat secara automatik tidak dapat dipertimbangkan kerana proses persaraan perlu diselesaikan dahulu.

1.2.4 Mesyuarat bersetuju supaya Kementerian menyiasat lsu di perenggan 1.2.2 yang dibangkitkan oleh pihak Kesatuan. Ini adalah kerana di bawah peraturan yang berkuatkuasa pihak sekolah boleh melantik guru ganti bagi menggantikan guru tetap yang cuti bersalin.

1.3 Kelemahan Pengurusan JPN/PPD/Guru Besar

1.3.1 Kesatuan melaporkan bahawa terdapat beberapa JPN/PPD/Guru Besar yang terlibat dengan penjualan dan pekerjaan Iuar seperti penjualan stokin di Segamat, Kad Pengenalan Diri dan Kertas Soalan di Selangor dan hasil jualan digunakan oleh pihak tertentu dan terdapat Pejabat Pendidikan Daerah mempunyai akaun bank. Ada Guru Besar yang bertindak secara tidak profesional dan ada yang tidak tahu mengisi borang. Kesatuan menyatakan perkara seperti ini merosakkan imej Kementerian dan profesion perguruan. Kesatuan memohon supaya tindakan tegas diambil oleh Kementerian terhadap perkara mi.

1.3.2 Mesyuarat dimaklumkan bahawa Kementerian tidak dapat mengambil sebarang tindakan tanpa bukti/laporan yang kukuh. Kesatuan diminta membuat laporan secara bertulis dengan bukti dikemukakan terus kepada Kementerian. Sebarang unsur penyelewengan akan dibawa ke dalam mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Kementerian.

                1.3.3 Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa beberapa langkah sedang diambil oleh Kementerian untuk meningkatkan
                keberkesanan profesion Pengetua/ Guru Besar. Antaranya termasuk mengadakan Kursus Pengetuaan.