KPPK telah membantah dengan sekeras-kerasnya tindakan Kementerian Pendidikan yang memaksa guru menandatangani Kontrak

  • 90% guru menolak cadangan Kementerian Pendidikan tersebut.
  • Mereka harus memahami jasa dan bakti guru.
  • Mereka harus memahami sebarang masalah tidak boleh diselesaikan menerusi menandatangani Kontrak.
  • KPPK tetap tidak menyokong mana-mana guru yang membawa isu politik ke dalam bilik darjah atau meracuni pemikiran pelajar-pelajar - tetapi Kontrak bukan ubat yang paling mujarab yang dapat menyelesaikannya.
  • Pendekatan manusia lebih penting. Pendekatan ini datang dari hati. KPPK mengajak kepimpinan Kementerian Pendidikan turun ke padang -ketahuilah masalah guru.
  • Seolah-olah Guru didouble­standard dan dianaktirikan.
  • Pelbagai Perjanjian telah ditandatangani sebelum dan semasa dilantik.
  • Kenapakah hanya guru dan tidak profesion lain?
  • Masyarakat akan memandang rendah terhadap kaum guru, sedangkan kita bermati-matian memartabatkan profesion keguruan.
  • Sudah ada undang-undang yang boleh mengambil tindakan.

 “Guru dilantik oleh SPP dan SPP sahaja yang memberhentikan perkhidmatan guru. Menteri Pendidikan TIDAK BOLEH memberhentikan perkhidmatan guru apabila guru enggan menandatangani kontrak baru. Ancaman itu TIDAK PATUT dikeluarkan oleh Menteri Pendidikan atau Timbalannya”. (Sdr. Tan Ken Tiong, KPPK .Johor)

 “KPPK tidak menafikan bahawa ada sebahagian kecil guru yang tidak bersetuju dengan beberapa dasar Kerajaan, namun sebahagian besar para guru merupakan golongan yang bekerja dengan begitu cemerlang bagi kepentingan pendidikan negara. Jangan kerana segelintir guru maka seluruh kaum guru dikatakan tidak -rnenjalankan tugas tnereka dengan baik”. (Tuan Haji Ismail bin Nihat, Pengerusi KPPK Pahang)

" Golongan guru adalah sebahagian dari anggota masyarakat sekaligus rakyat Negara Malaysia yang berdaulat. Golongan guru adalah golongan profesional. Ini satu pengiktirafan yang wajar diberikan. Justru itu apapun penglibatan golongan guru dalam politik adalah dalam situasi yang dibenarkan undang-undang. Kecuali jelas melanggar undang-undang negara, seperti menghasut pelajar untuk menyokong mana-mana parti politik, maka pada ketika itu wajar tindakan diambil setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Apapun tindakan yang hendak diambil ke atas golongan guru, harus bersifat profesional dan tidak bersifat sentimen.." (Pensyarah IPT Awam)