(..ucapan YM Tengku Habsah bt Tengku Putera, Presiden KPPK SM)

Kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan berhubung dengan isu menandatangani  Kontrak adalah keterlaluan dan seolah-olah mengugut kaum guru. KPPK membantah sekeras-kerasnya kenyataan beliau yang menyatakan bahawa guru-guru yang enggan menandatangani kontrak tersebut diminta berhenti.

Isu Kontrak timbul adalah berpunca daripada segelintir guru-guru yang kononnya menentang Kerajaan. Janganlah disebabkan seekor nyamuk habis kelambu hendak dibakar. Kementerian  Pendidikan sendiri harus sedar bahawa kebanyakan guru tetap taat setia kepada Kerajaan. Kementerian Pendidikan seharusnya melihat kelemahan sendiri dalam menangafli isu mi. Alasan Timbalan Menteri Pendidikan bahawa tanpa Kontrak Kementerian Pendidikan tidak boleh bertindak adalah sesuatu yang janggal. Setiap anggota kerajaan termasuk guru tertakluk kepada Perintah Am Bab D adalah jelas

“Perintah Am Bab D 4 (1) - Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa dan pada setiap ketika memberikan taat setia yang tak berbelah bagi kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan Kerajaan”. “Perintah Am Bab D 4 (2) - Seseorang pegawai tidak boleh  membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan persendiriannya”. Masalahnya sekarang adalah penguatkuasaan Perintah Am ini dan janganlah menutup kelemahan Kementerian Pendidikan yang jahil tentang Perintah Am dengan membawa idea yang karut dan menjadikan Kementerian Pendidikan bahan momokan.

Cawangan-cawangan telah membuat keputusan untuk membawa isu ni dalam Mesyuarat EXCO dan mencadangkan supaya suatu “Teachers Rally” diadakan di seluruh negara bagi membantah kenyataan YB Dato’ Aziz Shamsudin, Timbalan Menteri Pendidikan yang didapati sebelum ni juga telah membuat kenyataan yang amat kontroversi.

Kita sering menyatakan bahawa negara sedang menuju ke arah pendidikan bertaraf dunia tetapi malangnya kita mempunyai kepimpinan Kementerian Pendidikan yang tidak mahu menerima hakikat yang sebenar.