Tatacara Pengambilan Cuti Sambilan
 



1. TUJUAN


1.1  Tujuan Surat Pekeliling Perkhidmatan ni adalah untuk memaklumkan mengenai garis panduan pemberian cuti sambilan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang tidak diliputi oleh peruntukan cuti rehat tahunan di bawah Perintah Am Bab C’.

2.  LATAR BELAKANG

2.1 Di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 1977, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berkhidmat di sekolah/ politeknik/maktab perguruan yang tidak layak diberi cuti rehat tahunan, adalah diberi kemudahan untuk mengambil cuti sambilan sebanyak tidak melebihi 7 hari dalam setahun. Cuti ini boleh diberi kepada Pegawai Perkhidmatan berkenaan semasa penggal persekolahan bersidang.

2.2 Pada masa ini, pemberian cuti sambilan boleh diberi atas sebab-sebab seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Bilangan 2 Tahun 1987 bertarikh 3 September 1987 dan Bilangan 2 Tahun 1991 bertarikh 12 Februari 1991.

2.3 Cuti sambilan ini adalah cuti bergaji penuh.

        
3.  GARIS PANDUAN PEMBERIAN CUTI SAMBILAN:

        
3.1 Kementerian Pendidikan teiah mengkaji semula peraturan mengenai cuti sambilan dan membuat keputusan untuk mengekalkan jumlah hari cuti   sambilan yang boleh diberikan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan sebanyak 7 hari dalam setahun. Walau bagaimanapun Kementerian bersetuju mengemaskini dan menambah dua lagi
asas-asas yang boleh dipertimbang untuk pemberian cuti sambilan daripada lapan yang ada sekarang. Asas-asas untuk pemberian cuti sambilan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan adalah seperti berikut:­

3.1.1 Untuk menziarahi “ahli keluarga” atau “ahli keluarga yang rapat” yang sakit tenat atau meninggal dunia;

3.1.2 Untuk menyertai upacara atau perayaan ugama yang dianuti oleh seseorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan itu;

3.1.3 Dalam keadaan kecemasan atau kemalangan yang menimpa seperti kebakaran, banjir dan sebagainya.

3.1.4 Menunaikan fardhu haji -sekiranya tempoh selama 40 hari seperti mana yang telah ditetapkan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 1984 tidak mencukupi.

3.1.5 Kursus suaikenal bagi kursus luar kampus.

3.1.6 Majlis Konvokesyen bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan atau “ahli keluarga”.

3.1.7 Menghadiri temuduga perlantikan dalam Perkhidmatan Pendidikan yang diluluskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Kementerian Pendidikan, Jabatan Perkhidmatan Awam atau Jabatan Pendidikan Negeri.

3.1.8 Perkahwinan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan berkenaan atau anak-anak mereka.

3.1.9 Menghantar “ahli keluarga” atau “ahli keluarga rapat’ menunaikan fardhu haji; dan

3.1.10 Mendaftar anak ke Institut Pengajian Tinggi / Sekolah Berasrama Penuh.
 

3.2 Kemudahan cuti sambilan ini juga adalah dipanjangkan pemakaiannya kepada Guru Sandaran Terlatih dan Guru Kontrak.


4 TAFSIRAN

Bagi tujuan Surat Pekeliling Perkhidmatan ini:

4.1.1 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan bermaksud semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang mengajar di sekolah/maktab/institusi termasuk Penolong-Penolong Kanan/Penyelia Petang, Guru Besar dan Pengetua (tidak termasuk Pengetua/Naib Pengetua Maktab Perguruan/ Politeknik);

4.1.2 “AhIi Keluarga’ ertinya suami atau isteri dan anak-anak Pegawai Perkhidmatan Pendidikan itu.

4.1.3 “Ahli Keluarga yang rapat” ertinya Ibubapa, adik-beradik, mertua, datuk dan nenek kepada suami/isteri kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan itu.

 

5. KUASA MELULUSKAN CUTI SAMBILAN

5.1 Pengetua/Guru Besar adalah diberi kuasa untuk meluluskan cuti sambilan ini.

5.2 Pemberian cuti ini hendaklah dikawal dan tidak diberi dengan sewenang wenangnya sehingga boleh menjejaskan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta pentadbiran sekolah/politeknik/maktab.

5.3 Cuti sambilan yang tidak dihabiskan dalam tahun semasa adalah dianggap luput dan tidak boleh dibawa ke tahun hadapan.

 

Pengambilan Cuti Tanpa Gaji Oleh Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Yang Memohon Bersara Pilihan Sendiri

Kemudahan Mengenai Cuti Tanpa Gaji mengikut Perintah Am 14 (a) Bab C dengan memberi perhatian atas perkara-perkara berikut:

i) Cuti yang dipohon oleh Pegawai hendaklah atau tujuan persendirian yang difikirkan mustahak sahaja;

ii) Jumlah cuti yang diluluskan memadai untuk Pegawai menguruskan hal persendirian mustahak mereka; dan

iii) Kepentingan perkhidmatan hendaklah diutamakan terutama bagi pegawai-pegawai yang terlibat dalam kelas-kelas peperiksaan.

 

Permohonan Cuti Haji Bagi Guru-guru Kontrak Yang Dilantik Selepas Bersara Wajib

Kemudahan untul Cuti Haji bagi guru-guru yang bersara dan kemudian telah dilantik sebagai Guru Kontrak boleh diluluskan Cuti Haji ini jikalau telah berkhidmat selama 4 tahun dan mereka masih belum menggunakan kemudahan cuti ni semasa dalam perkhidmatan.